Thursday 27 August 2009


berita darussyifa` pusat

Dukacita dimaklumkan bahawa, dilaporkan ada orang perseorangan yang mendakwa sebagai ahli Darussyifa' telah menggunakan nama YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din untuk mengutip wang bagi mempromosikan Umrah Bulan Ramadan Bersama Tuan Guru. YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menafikan perlantikan orang berkenaan. Program Umrah bersama Tuan Guru hanya dikendalikan oleh AJK Darussyifa' dan sebarang urusan hanya melalui pejabat Darussyifa' Bandar Baru Bangi.Pihak Darussyifa' tidak pernah melantik orang perseorangan atau mana-mana ajensi untuk mengutip atau mempromosikan Program Umrah ini.Bagi sesiapa yang telah terperdaya atau telah memberikan wang pendahuluan kepada orang perseorangan tersebut, sila laporkan ke Pejabat Darussyifa' dengan menghubungi;Ustaz Roslan (019-239 8573) atau Ustaz Dr. Abdul Rahmen Derus (019-6490284)Laporan Polis akan dibuat setelah maklumat orang perseorangan itu diperolehi.

Wednesday 19 August 2009

pendaftaran e-pengamal t&cm kkm

pada 19 ogos , seramai 30 orang perawat dari darussyifa` bandar baru bangi telah diberi taklimat tentang pendafataran perawat di bawah kementerian kesihatan. taklimat disampaikan oleh wakil tcm kkm iaitu dr sham tentang pembahagian darussyifa` di bawah perubatan islam .
pendaftaran ini membolehkan perawat darussyifa` berdaftaran sebagai pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang sah mengikut akta amalan perubatan yang akan diluluskan oleh parlimen. Darussyifa` diketuai oleh tuan guru sendiri serta perawat dari pusat dan cawangan kamunting serta alor setar.
taklimat bermula jam 2.45 petang dan tamat pada 4.25 petang. Pendaftaran akan dijalankan secara berkelompok melalui atas talian.keterangan lanjut boleh layari http://tcmonline.moh.goc.my

Friday 7 August 2009

pusat rawatan sementara

makluman kepada yang memerlukan khidmat. darussyifa` alor setar akan memulakan operasinya setiap awal bulan hari jumaat jam 5 ptg di alamat no 127 kg batu hampar 06700 pendang kedah. harap maklum

khidmat masyarakat

khidmat masyarakat bersama darussyifa` pusat, perak dan perlis akan diadakan pada 9 ogos jam 9 pg hg 12.00 tgh. jemput semua rakan ke markas pas teluk kacang bt 1 1/2 jln syed saffi kangar