Monday 20 September 2010

Kerajaan Sedia Bantu Darussyifa’ Demi Faedah Rakyat


ALOR SETAR- Kerajaan Negeri sedia menawarkan bantuan kepada Darussyifa’ Malaysia Cawangan Alor Setar agar manfaat daripada institusi berkenaan dapat dikongsi oleh seluruh rakyat negeri ini.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, beliau bersyukur dengan kejayaan kumpulan pertama menamatkan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ semalam.

“Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama dan bantuan kepada Darussyifa’ bukan dari segi kewangan tetapi kemudahan, apatah lagi Darussyifa’ adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan Pertama Negeri Kedah Cawangan Alor Setar di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Alor Setar disempurnakan oleh Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia, Dato’ Dr. Haron Din.

Kumpulan Pertama Negeri Kedah itu disertai seramai 152 orang iaitu 122 lelaki dan 30 perempuan, namun hanya 127 peserta sahaja iaitu 99 lelaki dan 28 perempuan yang berjaya menamatkan kursus itu.

Sementara itu, Haron Din dalam amanatnya menasihatkan setiap peserta yang mengikuti kursus di Darussyifa’ tidak meninggalkan amalan zikir selain mengamalkan apa yang mereka pelajari sepanjang kursus.

“Saya gembira kerana ramai yang berjaya melepasi halangan, hanya sebilangan kecil yang gugur di pertengahan jalan dan kepada yang berjaya, perlu diingatkan bahawa mereka akan berhadapan dengan pelbagai karenah dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau sedar bahawa bukan semua akan terlibat dalam kerja-kerja rawatan dan nasihat beliau agar janganlah meninggalkan amalan zikir serta mengamalkan apa yang sudah dipelajari di Darussyifa’.

Haron Din menjelaskan, perbuatan sihir boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak hanya di Negeri Kedah dan perlulah menggunakan kaedah yang betul untuk merawatnya.

“Biasanya jika berlaku sihir dalam masyarakat, mereka akan mencari sihir juga untuk mengubati sedangkan itu salah kerana sihir perlulah dirawat dengan kaedah yang betul dan kita hanya boleh merawat sekadar yang termampu dan selebihnya serahkan pada Allah untuk menyembuhkannya,” tambahnya.

borang kursus ke 2

http://www.ziddu.com/download/11758444/BorangAhliKedah.pdf.html

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN PERTAMA NEGERI KEDAH




Sunday 19 September 2010

kursus pengubatan islam darussyifa ambilan kedua

adalah dimaklumkan setelah mendapatkan persetujuan TGHD, Majlis taklimat kursus bagi kumpulan kedua negeri kedah akan diadakan pada 23 oktober 2010 -sabtu. bagi sesiapa yang telah mengmabil borang permohonan dan yang belum boleh hadir pada ketentuan di atas. majlis perasmian akan diadakan pada 30 oktober 2010 di dewan seri mentalon, harap maklum

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN PERTAMA NEGERI KEDAH




Thursday 16 September 2010

10 Perinsip Asas Rawatan Islam

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Ada penyakit , ada ubat.

2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.

3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta’ala.

4. Manusia boleh berusaha, insya’ Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta’ala akan sembuhkan.

5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.

6. Doa’-doa’ dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.

7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa’, telah diijmakkan harus oleh para ulama’, malah digalakkan dengan tiga syarat;

i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta’ala sahaja yang akan menyembuhkan.

8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)

9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.

10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta’ala akan menyembuhkan.

pra syarat perawat

Pra Syarat Sebagai Perawat

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;
i.
Kecerdikan – Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.
ii. Sensitiviti kepada Ilmu – Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
iii. Mempunyai Pendapatan – Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.
iv. Mempunyai kesungguhan – bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja.
v. Rakan seperguruan adalah saudara kita – Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.
vi. Memerlukan masa – iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.


2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.

3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.

4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.

Wednesday 15 September 2010

aturcara majlis pengijazahan

Aturcara Majlis
MAJLIS PENGIJAZAHAN PELAJAR DARUSSYIFA` NEGERI KEDAH KUMPULAN PERTAMA
19.9.2010- AHAD

8.00 Pagi : Pendaftaran Peserta

9.50 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
-Jawatankuasa Darussyifa` Malaysia
-Tuan Guru Dato`Dr Haron Din
-YAB Menteri Besar Kedah

10.00 Pagi : Ucapan Pengerusi
10.05 Pagi : Bacaan Ayat Suci Al-Quran
10.10 Pagi : Aluan Pengerusi Darussyifa`Alor Setar
10.25 Pagi : Ucapan Perasmian oleh Menteri Besar Kedah
10.45 Pagi : Persembahan Multimedia
10.50 Pagi : Taklimat Pengijazahan
- Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
10.55 pagi : Bacaan Asas 10 Pertama dan Kedua
11.10 pagi : Majlis Pengijazahan
12.10 Tgh : Amanat Tuan Guru Dato`Dr Haron Din
12.50 Tgh : Penyampaian Cenderahati
: Bacaan Doa - TuanGuru Dato’ Dr Haron Din
: Sesi fotografi

1.20 ptg : Makan Tengahari

Saturday 4 September 2010

salam ramadhan dan idil fitri

saya mewakili semua perawat dan ahli jawatankuasa DS Alor Setar mengucapkan salam ramadhan dan idil fitri buat pengunjung yang mealayari laman blog ini, Sepanjang bulan ramadhan , kami beroperasi pada setiap hari sabtu jam 9.00 pagi.