Sunday 15 November 2009

jadual kuliah terkini

7 NOVEMBER 2009 8.30 PAGI 1.USTAZ ZAKARIA NASIRUDDIN 2.USTAZ ZULKIFLI ZAINON

21 NOVEMBER 2009 8.30 PAGI 1.USTAZ ABD RASHID AHMAD 2.USTAZ AKRAM ZAki

5 DISEMBER 2009 8.30 PAGI .USTAZ ZULKIFLI DAHLAN2.DR ABD RAHMAN MD DERUs

19 DISEMBER 2009 8.30 PAGI 1.USTAZ A RAHIM MD NOR 2.USTAZ ZAKI YA

2 JANUARI 2010 8.30 PAGI 1.USTAZ TENGKU AHMAD 2.USTAZ FAKROLROZI

16 JANUARI 2010 8.30 PAGI 1.USTAZ MOKHTAR KASAN 2.USTAZ A.RAZAK MAHADI

Tuesday 3 November 2009

peserta kursus terdiri dari 117 lelaki dan 33 peserta perempuan mendengar ucapan perasmian

YAB MB berjalan keluar untuk jamauan VIP sambil bersalaman dgn peserta kursus.
majlis dimulakan jam 9.35 pagi dgn ucapan YAB MB Kedah.dari kiri TG Dato Haron Din, Tn Hj Abd rahman dan Ustaz Alawi khusyuk mendengar ucapan perasmian YAB MB Kedah



Ketibaan YAB menteri Besar disambut oleh Jawatankuasa Darussyifa`Pusat dan Cawangan Alor Setar pada jam 9.30 pagi












Sunday 1 November 2009

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGUBATAN ISLAM KALI PERTAMA DAN PELANCARAN DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR KEDAH

MASA : 9.30 PAGI
TARIKH : 24 OKTOBER 2009 (sabtu)
TEMPAT: DEWAN VIP , SERI MENTALON, KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH
PERASMI: YAB DATO` SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK, MB KEDAH

Ketibaan YAB Menteri Besar disambut oleh YBhg dato` Dr Haron Din dan Ahli Jawatankuasa Darussyifa` Malaysia dan diiringi oleh Jawatankuasa Darussyifa` Cawangan Alor Setar. Beliau diperkenalkan kepada para peserta yang terdiri daripada 117 peserta lelaki dan 33 peserta wanita. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran, seterusnya ucapan perasmian oleh YAB dato` Seri MB Kedah.
Beliau mengalukan kedatangan Jawatankuasa Pusat yang sudi memberi ruang untuk penduduk Kedah mendalami ilmu perubatan Islam. Kursus ini dianjurkan secara bersama oleh pejabat MB dan darussyifa`Alor Setar.Para peserta diingatkan supaya istiqamah mendalami ilmu perubatan Islam. Majlis berakhir jam 10.25 pagi dan secara rasminya dilancarkan darussyifa`Cawangan Alor setar. YAB Dato` Seri berangkat pulang selepas selesai majlis jamuan VIP bersama Jawatankuasa.
Pada jam 11.00 pagi kuliah pertama dimulakan dengan ikrar para peserta kursus di hadapan Tuanguru Dato`Dr Haron Din. Beliau telah sudi mengijazahkan bacaan asas sepuluh kepada peserta. Kuliah telah ditamatkan jam 1.00 petang.

Disediakan oleh


USTAZ MOHD ALAWI ABDUL KUDUS
PENGERUSI DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR

Saturday 17 October 2009

laporan taklimat kursus

pada 17 oktober 2009, jam 9.00 pagi ,satu taklimat kepada peserta kursus telah diberikan oleh Ybhg Tuan Hj Abd Rahman Ahmad,pengerusi darussyifa`malaysia. Para peserta ditaklimatkan tentang kehadiran,bayaran yuran,etika sebagai perawat islam,peraturan persatuan yang melayakkan untuk diijazahkan sebagai perawat darussyifa`.majlis selesai pada jam 12 tgh. makan tengahari telah dibiayai oleh pejabat mb kedah.

Sunday 11 October 2009

taklimat dan pengesahan pendaftaran

dimaklumkan kepada semua peserta yang telah dihubungi oleh urusetia supaya hadir pada majlis taklimat pada 17 oktober 2009 jam 8.30 pagi di dewan seri mentalon. Kehadiran anda diwajibkan. kegagalan untuk hadir pada sesi pertama menyebabkan nama anda akan dikeluarkan dari senarai pendaftaran. Bagi peserta yang mendaftar melalui sms boleh datang dan bawa bersama 2 keping gambar, serta salinan k/p dan jumlah bayaran sekurang2nya 50% drp jumlah yuran keseluruhan.

sekian, harap maklum

drp

urusetia ds kedah

Monday 28 September 2009

notis mesyuarat agong ke 20 pusat

makluman untuk ahli yang telah diijazahkan sahaja serta ada nombor ahli untuk hadir.


Monday 7 September 2009

teman seperjuangan di kamunting


gambar kenangan semasa majlis perasmian kuliah kumpulan pertama darussyifa` kamunting pada tahun 2005. dirakamkan bersama tunguru selepas ucapan pembukaan di Kamunting.

kursus pengubatan islam kali pertama

dimaklumkan kepada peserta yang terpilih, satu taklimat khas akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

tarikh: 17 oktober 2009 ( sabtu)
masa : 8 pagi
tempat : Dewan Seri Mentalon, Kediaman Rasmi MB Kedah, Alor Setar.
pakaian: berkopiah putih, baju lengan panjang warna cerah dan berkasut (lelaki)
menutup aurat serta warna cerah (wanita)

Surat jemputan rasmi akan dipos kemudian.
Takilimat tersebut akan disampaikan oleh Tuan Hj Abdul rahman Ahmad,
Pengerusi Darussyifa` Pusat B.B.Bangi.

makluman peserta kursus

dimaklumkan tarikh tutup permohonan akan dilanjutkan pada 30 september 2009. harap maklum.

pihak urusetia akan menyenarai pendekkan senarai peserta untuk tindakan selanjutnya.

Thursday 27 August 2009


berita darussyifa` pusat

Dukacita dimaklumkan bahawa, dilaporkan ada orang perseorangan yang mendakwa sebagai ahli Darussyifa' telah menggunakan nama YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din untuk mengutip wang bagi mempromosikan Umrah Bulan Ramadan Bersama Tuan Guru. YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menafikan perlantikan orang berkenaan. Program Umrah bersama Tuan Guru hanya dikendalikan oleh AJK Darussyifa' dan sebarang urusan hanya melalui pejabat Darussyifa' Bandar Baru Bangi.Pihak Darussyifa' tidak pernah melantik orang perseorangan atau mana-mana ajensi untuk mengutip atau mempromosikan Program Umrah ini.Bagi sesiapa yang telah terperdaya atau telah memberikan wang pendahuluan kepada orang perseorangan tersebut, sila laporkan ke Pejabat Darussyifa' dengan menghubungi;Ustaz Roslan (019-239 8573) atau Ustaz Dr. Abdul Rahmen Derus (019-6490284)Laporan Polis akan dibuat setelah maklumat orang perseorangan itu diperolehi.

Wednesday 19 August 2009

pendaftaran e-pengamal t&cm kkm

pada 19 ogos , seramai 30 orang perawat dari darussyifa` bandar baru bangi telah diberi taklimat tentang pendafataran perawat di bawah kementerian kesihatan. taklimat disampaikan oleh wakil tcm kkm iaitu dr sham tentang pembahagian darussyifa` di bawah perubatan islam .
pendaftaran ini membolehkan perawat darussyifa` berdaftaran sebagai pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang sah mengikut akta amalan perubatan yang akan diluluskan oleh parlimen. Darussyifa` diketuai oleh tuan guru sendiri serta perawat dari pusat dan cawangan kamunting serta alor setar.
taklimat bermula jam 2.45 petang dan tamat pada 4.25 petang. Pendaftaran akan dijalankan secara berkelompok melalui atas talian.keterangan lanjut boleh layari http://tcmonline.moh.goc.my

Friday 7 August 2009

pusat rawatan sementara

makluman kepada yang memerlukan khidmat. darussyifa` alor setar akan memulakan operasinya setiap awal bulan hari jumaat jam 5 ptg di alamat no 127 kg batu hampar 06700 pendang kedah. harap maklum

khidmat masyarakat

khidmat masyarakat bersama darussyifa` pusat, perak dan perlis akan diadakan pada 9 ogos jam 9 pg hg 12.00 tgh. jemput semua rakan ke markas pas teluk kacang bt 1 1/2 jln syed saffi kangar

Sunday 12 July 2009

rejab

Berhati-2 dgn hadis-2 yang kita tidak jelas/sahih perawinya…Kerana,1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr)2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus. (Hadis Nabi saw)3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada keempat-empat bulan-bulan haram. (Al-Saqr, Al-Qardawi)4. Tiada ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradawi).5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa dan bertaubat. (Al-Sya'rawi)6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Bin Bazz)- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah -Al-Zuhaily)- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan bulan-bulan Haram. (Syed Sabiq)8. Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur di dalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.10. AWASLah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw. wassalam__________________________Rujukan :[1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.[2] Tafsir Jalalain. Harf.com.

perawat sekitar alor setar

dimaklumkan kini terdapat perawat-perawat di alor setar:
hubungi :
- Ust Elias : 135K Blok B Tmn Wira Mergong : (017-5593115 )
- Ust Helmi : Kg 30 Tokai Pendang : ( 019-5970659 )
- ustaz alawi : Kg Batu Hampar Pendang : ( 04-7596081 )
- Ust Najmi:No 3 Jln Rotan Air 1,Tmn Wan Ahmad, Bintong,( 017-4100230)
- Ust Alawi : No 46 Taman Kelana jalan Langgar Alor Setar ( 013-2090421)
- Ust Zahiruddin. Kg Baru, Bt 17 ¼ Jln Kodiang, Jitra ( 019-4945947 )

pusat rawatan rasmi belum dibuka. harap maklum

Wednesday 1 July 2009


harga RM 20


kursus pengubatan islam kali pertama

DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR
D/A : NO 46 TAMAN KELANA,JALAN LANGGAR, 05300 ALOR SETAR KEDAH
013-2090421 @ 013-4690421

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' ANJURAN BERSAMA PEJ. MB KEDAH DAN CAWANGAN ALOR SETAR
KUMPULAN PERTAMA SESSI 2009/2010

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 ogos 2009
TARIKH KULIAH BERMULA : 17 Oktober2009 BTU)
PERASMIAN KULIAH : 24 OKTOBER 2009 (SA
TEMPAT KURSUS : DEWAN SERI MENTALON, ALOR SETAR
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan.Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.
2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 2 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 30sen, hendaklah diserahkan ke Darussyifa’ Cawangan Alor Setar mengikut tempoh yang tertera di borang tersebut.
4. Yuran Kursus sebanyak RM 700.00 meliputi perkara berikut:
- yuran ahli Darussyifa` Pusat seumur hidup
- 3 buah buku perubatan termasuk beg/tandanama.
- kuliah sebanyak 15-20 kali selama 1 tahun
- kelas al-quran/tajwid serta ujian hafazan doa asas perubatan.
- Sijil ijazah perubatan yang diijazahkan oleh Tuan Guru Dato` Dr Harun Din

# Yuran perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 50% dan bakinya semasa
menghadiri kuliah .

5. Borang boleh didapati dan dihantar mengikut ketetapan di bawah:

- Ust. Md Nor: Infadah Ent, Jalan Hutan Kampong : (012-4598404 )
- Ust Elias : 135K Blok B Tmn Wira Mergong : (017-5593115 )
- Ust Helmi : Kg 30 Tokai Pendang : ( 019-5970659 )
- Hj Abdul Kudus : Kg Batu Hampar Pendang : ( 04-7596081 )
- Ust Najmi:No 3 Jln Rotan Air 1,Tmn Wan Ahmad, Bintong,( 017-4100230)
- Ust Alawi : No 46 Taman Kelana jalan Langgar Alor Setar ( 013-2090421)
- Ust Zahiruddin. Kg Baru, Bt 17 ¼ Jln Kodiang, Jitra ( 019-4945947 )