LAPORAN MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGUBATAN ISLAM KALI PERTAMA DAN PELANCARAN DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR KEDAH
MASA : 9.30 PAGI
TARIKH : 24 OKTOBER 2009 (sabtu)
TEMPAT: DEWAN VIP , SERI MENTALON, KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH
PERASMI: YAB DATO` SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK, MB KEDAH
Ketibaan YAB Menteri Besar disambut oleh YBhg dato` Dr Haron Din dan Ahli Jawatankuasa Darussyifa` Malaysia dan diiringi oleh Jawatankuasa Darussyifa` Cawangan Alor Setar. Beliau diperkenalkan kepada para peserta yang terdiri daripada 117 peserta lelaki dan 33 peserta wanita. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran, seterusnya ucapan perasmian oleh YAB dato` Seri MB Kedah.
Beliau mengalukan kedatangan Jawatankuasa Pusat yang sudi memberi ruang untuk penduduk Kedah mendalami ilmu perubatan Islam. Kursus ini dianjurkan secara bersama oleh pejabat MB dan darussyifa`Alor Setar.Para peserta diingatkan supaya istiqamah mendalami ilmu perubatan Islam. Majlis berakhir jam 10.25 pagi dan secara rasminya dilancarkan darussyifa`Cawangan Alor setar. YAB Dato` Seri berangkat pulang selepas selesai majlis jamuan VIP bersama Jawatankuasa.
Pada jam 11.00 pagi kuliah pertama dimulakan dengan ikrar para peserta kursus di hadapan Tuanguru Dato`Dr Haron Din. Beliau telah sudi mengijazahkan bacaan asas sepuluh kepada peserta. Kuliah telah ditamatkan jam 1.00 petang.
Disediakan oleh
USTAZ MOHD ALAWI ABDUL KUDUS
PENGERUSI DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak
5 years ago
0 comments:
Post a Comment