Sunday 15 November 2009

jadual kuliah terkini

7 NOVEMBER 2009 8.30 PAGI 1.USTAZ ZAKARIA NASIRUDDIN 2.USTAZ ZULKIFLI ZAINON

21 NOVEMBER 2009 8.30 PAGI 1.USTAZ ABD RASHID AHMAD 2.USTAZ AKRAM ZAki

5 DISEMBER 2009 8.30 PAGI .USTAZ ZULKIFLI DAHLAN2.DR ABD RAHMAN MD DERUs

19 DISEMBER 2009 8.30 PAGI 1.USTAZ A RAHIM MD NOR 2.USTAZ ZAKI YA

2 JANUARI 2010 8.30 PAGI 1.USTAZ TENGKU AHMAD 2.USTAZ FAKROLROZI

16 JANUARI 2010 8.30 PAGI 1.USTAZ MOKHTAR KASAN 2.USTAZ A.RAZAK MAHADI

Tuesday 3 November 2009

peserta kursus terdiri dari 117 lelaki dan 33 peserta perempuan mendengar ucapan perasmian

YAB MB berjalan keluar untuk jamauan VIP sambil bersalaman dgn peserta kursus.
majlis dimulakan jam 9.35 pagi dgn ucapan YAB MB Kedah.dari kiri TG Dato Haron Din, Tn Hj Abd rahman dan Ustaz Alawi khusyuk mendengar ucapan perasmian YAB MB Kedah



Ketibaan YAB menteri Besar disambut oleh Jawatankuasa Darussyifa`Pusat dan Cawangan Alor Setar pada jam 9.30 pagi












Sunday 1 November 2009

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGUBATAN ISLAM KALI PERTAMA DAN PELANCARAN DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR KEDAH

MASA : 9.30 PAGI
TARIKH : 24 OKTOBER 2009 (sabtu)
TEMPAT: DEWAN VIP , SERI MENTALON, KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH
PERASMI: YAB DATO` SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK, MB KEDAH

Ketibaan YAB Menteri Besar disambut oleh YBhg dato` Dr Haron Din dan Ahli Jawatankuasa Darussyifa` Malaysia dan diiringi oleh Jawatankuasa Darussyifa` Cawangan Alor Setar. Beliau diperkenalkan kepada para peserta yang terdiri daripada 117 peserta lelaki dan 33 peserta wanita. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran, seterusnya ucapan perasmian oleh YAB dato` Seri MB Kedah.
Beliau mengalukan kedatangan Jawatankuasa Pusat yang sudi memberi ruang untuk penduduk Kedah mendalami ilmu perubatan Islam. Kursus ini dianjurkan secara bersama oleh pejabat MB dan darussyifa`Alor Setar.Para peserta diingatkan supaya istiqamah mendalami ilmu perubatan Islam. Majlis berakhir jam 10.25 pagi dan secara rasminya dilancarkan darussyifa`Cawangan Alor setar. YAB Dato` Seri berangkat pulang selepas selesai majlis jamuan VIP bersama Jawatankuasa.
Pada jam 11.00 pagi kuliah pertama dimulakan dengan ikrar para peserta kursus di hadapan Tuanguru Dato`Dr Haron Din. Beliau telah sudi mengijazahkan bacaan asas sepuluh kepada peserta. Kuliah telah ditamatkan jam 1.00 petang.

Disediakan oleh


USTAZ MOHD ALAWI ABDUL KUDUS
PENGERUSI DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR