Monday 6 December 2010

suasana pengijazahan kumpulan pertama 2010




Thursday 2 December 2010

fatwa terkini tentang bahan haram untuk rawatan

Dari Fatwa Para Ulama Islam.
1. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit seperti ubat bius, pelali dan sebagainya.
Mengambil ubat-ubatan tertentu yang bertujuan untuk memberikan rasa tenang dan kerehatan kepada diri pesakit atau yang bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit adalah harus dan tidak berdosa. Ubat-ubatan seperti ini boleh diambil samada sebelum proses rawatan dilakukan atau selepasnya. Walau bagaimana pun, sekiranya ubat-ubatan tersebut termasuk dalam kategori “bahan yang boleh memabukkan serta menghilangkan akal”[seperti arak]  maka pengambilannya adalah tidak dibenarkan, iaitu berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Apa sahaja bahan yang boleh memabukkan maka pengambilannya, walaupun dengan kadar yang sedikit, adalah haram”. Justeru, apa sahaja ubat-ubatan yang tidak memabukkan tetapi dapat memberikan rasa tenang atau mengurangkan rasa sakit maka pengambilannya adalah harus.     

2. Hukum menggunakan ubat-ubatan yang dikeluarkan daripada bangkai. Saya adalah seorang farmasis dan saya telah mengenalpasti melalui pengalaman dan kajian saya bahawa terdapat sesetengah syarikat pengeluar ubat yang telah menghasilkan ubat-ubatan mereka daripada binatang-binatang yang tidak disembelih. Adakah penggunaan ubat-ubatan seperti ini dibolehkan?
Tidak harus menggunakan bahan-bahan yang termasuk dalam kategori “bangkai” [binatang-binatang yang mati tanpa melalui sembelihan menurut hukum syarak] bagi tujuan rawatan. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar umatku di dalam apa-apa yang diharamkanNya  
Imam Ibn al-Qayyim menyatakan, “Berubat dengan bahan-bahan yang haram adalah buruk dan keji  menurut pertunjuk akal dan syarak. Adapun “keburukan”nya dari segi syarak maka ianya berdasarkan hadis Nabi saw. Adapun “keburukan”nya dari segi akal maka sesungguhnya Allah hanyasanya mengharamkan sesuatu perkara atau bahan kerana keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan tersebut. Ini adalah kerana Allah tidak mengharamkan ke atas umat Muhammad saw “apa-apa yang baik dan bermanfaat” sebagai suatu hukuman ke atas mereka, iaitu berbeza dengan kaum Bani Israil, di mana terdapat “benda-benda yang baik” yang diharamkan ke atas mereka. Firman Allah yang bermaksud, “Maka disebabkan oleh kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi maka Kami mengharamkan ke atas mereka apa-apa yang baik-baik yang telah dihalalkan kepada mereka [sebelum daripada itu]…….” [al-Nisa’, 160]. Justeru, apa sahaja yang diharamkan oleh Allah ke atas umat ini maka pengharaman tersebut adalah ekoran daripada keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan terlarang tersebut. Ini bermakna Allah mengharamkan bahan-bahan tersebut dengan tujuan untuk memelihara umat ini daripada segala bentuk keburukan dan kekejian yang wujud di dalam bahan-bahan yang diharamkanNya. Justeru, adalah tidak munasabah bagi umat ini untuk mencari penawar bagi penyakit melalui bahan-bahan tersebut yang diharamkan. Sekalipun mungkin bahan-bahan haram tersebut didapati mempunyai “kesan” di dalam menghilangkan penyakit fizikal, namun bahan-bahan terlarang tersebut pastinya akan menghasilkan suatu racun yang terlebih besar pada jiwa dan rohani [orang yang mengambilnya] ekoran daripada “keburukan yang nyata yang tersembunyi” di dalamnya. Maka orang yang merawat dirinya dengan menggunakan “bahan-bahan yang terlarang menurut syarak” sebenarnya telah berusaha untuk menghilangkan kesakitan pada badannya [saqam al-badan] dengan mendatang penyakit lain pada jiwa dan hatinya [saqam al-qalb].”        

3. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang dibuat daripada organ-organ tertentu daripada binatang?
Terdapat tiga keadaan yang berkaitan dengan proses membuat ubat-ubatan daripada binatang :
1. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan dan ianya juga telah disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah harus. 
2. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan tetapi ianya tidak disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah haram dan tidak dibenarkan [kerana ianya adalah bangkai]. 
3. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang tidak halal dimakan [seperti babi, anjing, ular dan lain-lain]. Berubat dengan menggunakan apa-apa elemen dari binatang-binatang seperti ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Berkata Shaykh al-Islam Imam Ibn Taymiyyah sebagai jawapan kepada persoalan adakah harus mengubati penyakit dengan arak, “…..berubat dengan arak adalah haram berdasarkan nas yang jelas dari Nabi saw dan inilah juga pandangan majoriti ahli ilmu. Telah sabit di dalam sepotong hadis yang sahih di mana bilamana Nabi saw ditanya mengenai arak yang dijadikan ubat maka Baginda saw bersabda, “Sesungguhnya arak itu adalah penyakit dan bukannya ubat”. Dan di dalam hadis sahih yang lain “Nabi saw telah melarang berubat dengan bahan-bahan yang buruk, kotor dan keji”. Dan di dalam hadis yang lain Nabi saw telah ditanya mengenai katak yang ingin dijadikan ubat lalu Baginda saw telah melarang membunuhnya dan bersabda, “Sesungguhnya kuakan seekor katak itu merupakan tasbih [kepada Allah]”. Ingin dijelaskan bahawa menjadikan bahan-bahan terlarang [seperti arak dan babi] ini sebagai ubat tidak boleh disamakan dengan keadaan “seseorang yang terpaksa memakan bangkai bagi menyelamatkan nyawanya”. Ini adalah kerana “terpaksa memakan bangkai [atau meminum arak] bagi menyelamatkan nyawa” adalah suatu keadaan “darurat” yang wajib dilakukan dan tiada pilihan demi menjaga nyawa di mana nyawa diyakini sepenuhnya akan terselamat apabila bangkai tersebut dijamah. Kerana itu barangsiapa yang terpaksa memakan bangkai [demi menyelamatkan nyawanya dari mati kebuluran] dan kemudiannya dia enggan makan sehingga mati maka dia berdosa dan akan masuk neraka. Berbeza dengan keadaan menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat di mana kesembuhan penyakit melalui bahan-bahan haram ini tidak dapat dipastikan [mungkin sembuh dan mungkin tidak], sedangkan Allah berkuasa menyembuhkan hambaNya melalui wasilah dan pendekatan yang berbagai-bagai. Dan begitu juga hokum merawat penyakit [sakit fizikal] adalah tidak wajib menurut jumhur ulama.
Justeru, keperluan memakan bangkai atau meneguk arak ketika darurat [bagi menyelamatkan nyawa] tidak boleh disamakan dengan perbuatan “menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat untuk tujuan rawatan”.         

Sekian,
Salam hormat untuk sahabat2, semoga fatwa ini dapat menambahkan pengetahuan kita sebagai perawat.

Rushdi Ramli, Darul Syifa’.

Saturday 30 October 2010

majlis perasmian kursus pengubatan islam ambilan kedua

pada 30 oktober maka selesai sudah majlis perasmian ambilan kedua yang telah disempurnakan oleh TGHD. jumlah peserta yang berjaya mendaftarkan diri seramai 232 orang iaitu 35 pelajar muslimat dan 197 pelajar muslimin. majlis dimulakan dengan acara pra perasmian iaitu pada jam 9.00 dan ditaklimatkan oleh pengerusi DS Pusat Tn Hj A rahman Ahmad. pelajar didedahkan dgn peraturan dan etika pelajar. seterusnya menunngu ketibaan TGHD yang sedang mengadakan kuliah bulanan di dewan mentaloon. Perasmian bermula jam 11.45 pagi dengan dimulakan dengan bacaan al-quran dan ikrar pelajar. Perasmian disempurnakan oleh TGHD dan seterusnya memberi ucapan untuk kuliah pertama pelajar DS wilayah utara

Wednesday 13 October 2010

Rawatan Kilang

Makluman kepada semua perawat, satu program rawatan kilangYPS (M) Sdn. Bhd akan dijalankan pada 15 Oktober jam 6.00 ptg. Semua perawat dan ahli yang berkelapangan diminta berkumpul di plaza tol sg petani untuk untuk bergerak ke lokasi kilang.  Alamat kilang di no 136 Jalan 2/B Kawasan Industri Sg Lalang Sg Petani.

Tuesday 12 October 2010

Makluman Sesi Pendaftaran Pengajian Darussyifa Negeri Kedah Sesi 2 (2010/2011)

Adalah dimaklumkan setelah mendapatkan persetujuan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Majlis taklimat kursus bagi kumpulan kedua negeri kedah akan diadakan pada:

Tarikh   : 23 Oktober 2010
Hari       : Sabtu

Bagi sesiapa yang telah mengambil borang permohonan @yang belum boleh hadir pada ketentuan di atas.

Manakala majlis perasmian akan diadakan pada:  30 Oktober 2010

Harap Maklum

Monday 11 October 2010

Ceramah Pengubatan Islam Darussyifa Di IPGM Darul Aman


Penceramah : Ust Mohd Alawi Abdul Kudus
Tarikh : 11 Oktober 2010
Jam : 8.30 Malam
Tempat : IPGM Kampus Darul Aman

Sunday 3 October 2010

KENCING TIKUS

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS @ KENCING TIKUS
Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira

Kaedah Jangkitan Leptospirosis @ Kencing Tikus
Bakteria Leptospira boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang
telah dijangkiti bakteria tersebut. Antara mamalia yang berpotensi adalah :
Tikus - Kucing - Anjing - Lembu - Kambing - Kuda - Babi - dll

Cara Jangkitan Leptospirosis @ Kencing Tikus
Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung dengan
air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.

Manusia boleh juga dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang
tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit

Tempoh inkubasi dianggarkan selama 5-14 hari

Tanda-Tanda Penyakit Leptospirosis @ Kencing Tikus
Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria
Leptospira seperti :
Demam - Sakit Kepala - Loya, Muntah - Sakit Otot
Kemerahan pada Mata - Ruam Kulit - Sakit pada Abdomen
Batuk - Sakit pada Betis - Jaundis (mata kekuningan)
Air Kencing berwarna kehitaman (seperti teh o pekat)


Pencegahan Penyakit Leptospirosis @ Kencing Tikus

- Menjaga kebersihan persekitaran rumah
- Tutup dan tudung makanan supaya dihindari daripada tikus
- Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan
makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas
- Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan
sabun selepas bekerja di kebun, membuang sampah atau
membersih kawasan rumah selepas banjir
- Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan
dengan sempurna dan menggunakan antibiotik
- Jangan bermain air / lopak terutamanya selepas banjir
- Segera mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda

Monday 20 September 2010

Kerajaan Sedia Bantu Darussyifa’ Demi Faedah Rakyat


ALOR SETAR- Kerajaan Negeri sedia menawarkan bantuan kepada Darussyifa’ Malaysia Cawangan Alor Setar agar manfaat daripada institusi berkenaan dapat dikongsi oleh seluruh rakyat negeri ini.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, beliau bersyukur dengan kejayaan kumpulan pertama menamatkan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ semalam.

“Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama dan bantuan kepada Darussyifa’ bukan dari segi kewangan tetapi kemudahan, apatah lagi Darussyifa’ adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan Pertama Negeri Kedah Cawangan Alor Setar di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Alor Setar disempurnakan oleh Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia, Dato’ Dr. Haron Din.

Kumpulan Pertama Negeri Kedah itu disertai seramai 152 orang iaitu 122 lelaki dan 30 perempuan, namun hanya 127 peserta sahaja iaitu 99 lelaki dan 28 perempuan yang berjaya menamatkan kursus itu.

Sementara itu, Haron Din dalam amanatnya menasihatkan setiap peserta yang mengikuti kursus di Darussyifa’ tidak meninggalkan amalan zikir selain mengamalkan apa yang mereka pelajari sepanjang kursus.

“Saya gembira kerana ramai yang berjaya melepasi halangan, hanya sebilangan kecil yang gugur di pertengahan jalan dan kepada yang berjaya, perlu diingatkan bahawa mereka akan berhadapan dengan pelbagai karenah dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau sedar bahawa bukan semua akan terlibat dalam kerja-kerja rawatan dan nasihat beliau agar janganlah meninggalkan amalan zikir serta mengamalkan apa yang sudah dipelajari di Darussyifa’.

Haron Din menjelaskan, perbuatan sihir boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak hanya di Negeri Kedah dan perlulah menggunakan kaedah yang betul untuk merawatnya.

“Biasanya jika berlaku sihir dalam masyarakat, mereka akan mencari sihir juga untuk mengubati sedangkan itu salah kerana sihir perlulah dirawat dengan kaedah yang betul dan kita hanya boleh merawat sekadar yang termampu dan selebihnya serahkan pada Allah untuk menyembuhkannya,” tambahnya.

borang kursus ke 2

http://www.ziddu.com/download/11758444/BorangAhliKedah.pdf.html

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN PERTAMA NEGERI KEDAH




Sunday 19 September 2010

kursus pengubatan islam darussyifa ambilan kedua

adalah dimaklumkan setelah mendapatkan persetujuan TGHD, Majlis taklimat kursus bagi kumpulan kedua negeri kedah akan diadakan pada 23 oktober 2010 -sabtu. bagi sesiapa yang telah mengmabil borang permohonan dan yang belum boleh hadir pada ketentuan di atas. majlis perasmian akan diadakan pada 30 oktober 2010 di dewan seri mentalon, harap maklum

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN PERTAMA NEGERI KEDAH




Thursday 16 September 2010

10 Perinsip Asas Rawatan Islam

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Ada penyakit , ada ubat.

2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.

3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta’ala.

4. Manusia boleh berusaha, insya’ Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta’ala akan sembuhkan.

5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.

6. Doa’-doa’ dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.

7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa’, telah diijmakkan harus oleh para ulama’, malah digalakkan dengan tiga syarat;

i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta’ala sahaja yang akan menyembuhkan.

8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)

9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.

10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta’ala akan menyembuhkan.

pra syarat perawat

Pra Syarat Sebagai Perawat

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada 7-March-2005)

1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;
i.
Kecerdikan – Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.
ii. Sensitiviti kepada Ilmu – Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
iii. Mempunyai Pendapatan – Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.
iv. Mempunyai kesungguhan – bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja.
v. Rakan seperguruan adalah saudara kita – Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.
vi. Memerlukan masa – iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.


2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.

3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.

4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.

Wednesday 15 September 2010

aturcara majlis pengijazahan

Aturcara Majlis
MAJLIS PENGIJAZAHAN PELAJAR DARUSSYIFA` NEGERI KEDAH KUMPULAN PERTAMA
19.9.2010- AHAD

8.00 Pagi : Pendaftaran Peserta

9.50 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
-Jawatankuasa Darussyifa` Malaysia
-Tuan Guru Dato`Dr Haron Din
-YAB Menteri Besar Kedah

10.00 Pagi : Ucapan Pengerusi
10.05 Pagi : Bacaan Ayat Suci Al-Quran
10.10 Pagi : Aluan Pengerusi Darussyifa`Alor Setar
10.25 Pagi : Ucapan Perasmian oleh Menteri Besar Kedah
10.45 Pagi : Persembahan Multimedia
10.50 Pagi : Taklimat Pengijazahan
- Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
10.55 pagi : Bacaan Asas 10 Pertama dan Kedua
11.10 pagi : Majlis Pengijazahan
12.10 Tgh : Amanat Tuan Guru Dato`Dr Haron Din
12.50 Tgh : Penyampaian Cenderahati
: Bacaan Doa - TuanGuru Dato’ Dr Haron Din
: Sesi fotografi

1.20 ptg : Makan Tengahari

Saturday 4 September 2010

salam ramadhan dan idil fitri

saya mewakili semua perawat dan ahli jawatankuasa DS Alor Setar mengucapkan salam ramadhan dan idil fitri buat pengunjung yang mealayari laman blog ini, Sepanjang bulan ramadhan , kami beroperasi pada setiap hari sabtu jam 9.00 pagi.

Wednesday 18 August 2010

Seminar Asas Ruqyah Dalam Perubatan Islam di UUM Sintok



Ust Faisal mengacara seminar


Ust Khadafi menyampaikan ceramah berkenaan asas ruqyah yang dipetik daripada kuliah-kuliah dan kertas kerja Tuan Guru Dato' Dr Haron Din



Ust Alawi selaku pengerusi Darussyifa Alor Setar, Kedah menyampaikan ceramah berkenaan dengan Gangguan Histeria


Peserta lelaki 


Sebahagian peserta wanita

Tempat : Dewan FTM, Universiti Utara Malaysia
Peserta : 45 Orang Staff & Pelajar
Tarikh   : 18-19 Ogos 2010

Monday 16 August 2010

PENGUMUMAN- TUAN GURU AKAN MENJALANI RAWATAN JANTUNG


TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI STANFORD HOSPITAL, CALIFORNIA USA

((((Maklumat Terkini Sila Klik Di Sini - Kemaskini: Jumaat, 13-Ogos-2010 @ 3:35 Ptg))))

Dalam kuliah Feqah (Khamis 5-Ogos-2010) di Surau Annur Bandar Baru Bangi dan Kuliah Pengubatan Islam (Isnin 9-Ogos-2010), Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah memaklumkan bahawa beliau perlu menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA pada awal bulan Ramadan ini. Keadaan jantung beliau kerap sakit sejak akhir-akhir ini. Kerap sakit dada dan sesak nafas.

Beliau terpaksa membatalkan program menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Ketika memaklumkan keadaan kesihatan beliau ini, beliau menitiskan air mata. Beliau berkata dengan penuh perasaan "Kenang Daku Dalam Doa Kalian".


Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru dengan kesembuhan yang berterusan dan Allah SWT memanjangkan umur Tuan Guru dengan keberkatan dan sihat walafiat.


Doakanlah juga semoga segala urusan untuk menjalani rawatan ini dipermudahkan oleh Allah SWT.


Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din seisi keluarga.

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN PERTAMA NEGERI KEDAH

majlis raptai
tarikh : 18 september 2010 -sabtu
masa : 2.30 ptg dan 9.00 malam
tempat : dewan seri mentaloon, kediaman rasmi MB kedah

majlis pengijazahan
tarikh : 19 september 2010 - ahad
masa ; 9.00 pagi
tempat ; dewan seri mentaloon

semua pelajar dan ajk diwajibkan memakai jubah ptuh dan kopiah putih dan bagi wanita jubah hitam tudung putih.
sila hadir awal untuk pendaftaran

Wednesday 21 July 2010

tawaran kursus pengubatan islam kumpulan ke 2

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM
ANJURAN BERSAMA
PEJABAT MENTERI BESAR KEDAH DAN DARUSSYIFA' ALOR SETAR
KUMPULAN KE-2 SESSI 2010/2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 september 2010

TARIKH KULIAH BERMULA : 23 oktober 2010

TEMPAT KURSUS : DEWAN SERI MENTALON ALOR SETAR

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan.Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.

2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta 2 keping gambar, salinan Kad Pengenalan dan 2 keping sampul surat putih bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 60 sen, hendaklah diserahkan ke Darussyifa’ Cawangan Alor Setar mengikut tempoh yang tertera di borang tersebut.
4. Yuran Kursus sebanyak RM 700.00 meliputi perkara berikut:
- yuran ahli Darussyifa` Pusat seumur hidup
-5 buah buku perubatan termasuk beg/tandanama.
- kuliah pengajian sebanyak 20 kali selama 1 tahun
- kelas al-quran/tajwid serta ujian hafazan doa asas perubatan.
- Sijil ijazah perubatan yang diijazahkan oleh Tuan Guru Dato` Dr Harun Din

# Yuran perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 50% dan bakinya semasa
menghadiri kuliah .

5. Borang boleh didapati dan dihantar mengikut ketetapan di bawah:

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA` ALOR SETAR
NO 87, TAMAN PURNAMA FASA 1,JALAN MAWAR 6
OFF JALAN PEGAWAI ALOR SETAR

DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR
NO 46 TAMAN KELANA JALAN LANGGAR ALOR SETAR

SURAU KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH, SERI MENTALOON

Tuesday 6 July 2010

ziarah penyucian jiwa 9-23






bersama rakan-rakan uum di mekah.

ujian tasmik pelajar

Ujian tasmik bagi pelajar darussyifa kedah akan di adakan pada 10 julai 2010. ujian ini meliputikan hafazan asas 10 pertama dan kedua. Ia akan diuji oleh penguji daripada darussyifa pusat serta Urusetia darussyifa alor setar. Semua pelajar yang belum menyelesaikan yuran boleh berbuat demikian sebelum menghadiri ujian tersebut. kehadiran para pelajar adalah diwajibkan. sebarang keuzuran hendaklah dimaklumkan secara rasmi. ketidakhadiran para pelajar menyebabkan pengijazahan pelajar akan tertangguh

Wednesday 19 May 2010

hari keluarga darussyifa telok segadas pangkor





seramai 7 orang ahli darussyifa` alor setar telah menyertai hari keluarga darussyifa yang diadakan pada 7-9 mei 2010 yang lalu. program santai sambil mengeratkan silaturrahim antara ahli seluruh malaysia. macam-macam ada iaitu treasure pulau , kena makan maggi, buat kereta mainan, panjat bukit, tiup belon dan macam-macam lagi. yang penting dapat kenai lebih ramai ahli darussyifa.

Saturday 3 April 2010

kuliah terkini

dimaklumkan kuliah perubatan akan diadakan pada 10 april 2010. tajuk utama herba yang akan disampaikan oleh dr ab rahman md derus dan ust zulkifli dahlan. harap semua ahli hadir awal.

Sunday 28 February 2010

pembukaan pusat rawatan alor setar

dimaklumkan mulai 1 mac 2010 darussyifa` alor setar akan membuka sebuah pusat rawatan yang akan beroperasi mulai 1 mac 2010 di alamat no 87, taman purnama fasa 1, jalan mawar 6 off jalan pegawai alor setar kedah.
waktu rawatan isnin : jam 8.30 malam hingga 11.30 malam
khamis : jam 4.00 ptg hingga 6.00 ptg

temujanji sila hubungi : 013-2090421(ustaz alawi)

Monday 25 January 2010

kuliah ke 6 pada 30 januari 2010

salam, kpada semua ahli darussyifa kedah.
kuliah sesi 1 jam 8.30 oleh Dr Rushdi Ramli
kuliah sesi 2 jam 11.30 pagi oleh Tuanguru Dato` Dr Haron Din
Semua peserta hadir awal utk attend yang twepat

Dr, ustaz Alawi -DS Alor Setar

nasyid


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Saturday 16 January 2010

taklimat pendaftaran pengamal tempatan

sukacita dimaklumkan bahgian perubatan tradisional dan komplementari KKM akan mengadakan satu sesi taklimat untuk pengamal perubatan .Taklimat tersebut akan diadakan di Hospital Sultanah bahiyah pada 18 januari 2010 jam 9.30 pagi. Pihak darussyifa alor setar akan mengahantar seramai 5 orang perawat bagi mewakili cawangan alor setar ke majlis taklimat tersebut. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah untuk memartabatkan bidang perubatan Islam.

Friday 8 January 2010

Persoalan sihir atau sikap?

Suami rimas didekati isteri

Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut “panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu.” Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

ANIZA,
Kuala Lumpur

Jawapan
Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.

Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.

Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.

Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65

Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun.” - Surah al-Jinn, ayat 26.

Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?

Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.

Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.

Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.

Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.

Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.

Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.

Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.

Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.

"Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)

Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.

Wallahua'lam.

sumber: darussyifa.org.my

doa khusus