Sunday 3 October 2010

KENCING TIKUS

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS @ KENCING TIKUS
Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira

Kaedah Jangkitan Leptospirosis @ Kencing Tikus
Bakteria Leptospira boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang
telah dijangkiti bakteria tersebut. Antara mamalia yang berpotensi adalah :
Tikus - Kucing - Anjing - Lembu - Kambing - Kuda - Babi - dll

Cara Jangkitan Leptospirosis @ Kencing Tikus
Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung dengan
air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.

Manusia boleh juga dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang
tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit

Tempoh inkubasi dianggarkan selama 5-14 hari

Tanda-Tanda Penyakit Leptospirosis @ Kencing Tikus
Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria
Leptospira seperti :
Demam - Sakit Kepala - Loya, Muntah - Sakit Otot
Kemerahan pada Mata - Ruam Kulit - Sakit pada Abdomen
Batuk - Sakit pada Betis - Jaundis (mata kekuningan)
Air Kencing berwarna kehitaman (seperti teh o pekat)


Pencegahan Penyakit Leptospirosis @ Kencing Tikus

- Menjaga kebersihan persekitaran rumah
- Tutup dan tudung makanan supaya dihindari daripada tikus
- Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan
makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas
- Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan
sabun selepas bekerja di kebun, membuang sampah atau
membersih kawasan rumah selepas banjir
- Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan
dengan sempurna dan menggunakan antibiotik
- Jangan bermain air / lopak terutamanya selepas banjir
- Segera mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda

0 comments:

Post a Comment