Thursday 18 August 2011

pusat rawatn baru

ADALAH DIMAKLUMKAN PUSAT RAWATAN YANG BARU TELAH BEROPERASI DI ALAMAT

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA ALOR SETAR
NO 299 TAMAN MALAYSIA
JALAN ALOR MERAH ALOR SETAR
-berdekatan dgn KMC, atau TAMAN LUMBA KUDA

WAKTU RAWATAN
ISNIN - 8 MALAM - 11 MALAM
KHAMIS - 4 PTG - 6 PTG
JUMAAT - 9 PAGI - 11. PAGI
SABTU - 3 PTG - 6 PTG


pusat rawatan yang lama di taman purnama bukan lagi berdaftar dgn DARUSSYIFA harap maklum

Saturday 26 March 2011

rawatan bangunan hotel seri malsysia kangar

pada 26 mac perawat darussyifa alor setar diwakili seramai 30 orang telah dijemput ke hotel seri malaysia kangar bagi urusan rawatan bangunan. rawatan ini juga disertai oleh jawatankuasa tertinggi ds pusat . rawatan bermula dgn solat maghrib berjamaah yang dimami oleh tn hj zulkifli dahlan. seterusnya ucapan aluan oleh pengurus residen en faridul. ia juga dihadiri oleh dato speaker DUN Perlis.seterusnya majlis bacaan yasin dan solat hajat. sterusnya memagar kawasan yang di taklimatkan oleh pengerusi ds pusat tuan hj abdul rahman ahmad majlis tamat jam 10.30 malam.

Monday 21 February 2011

rawatan bangunan kolej kejururawatan alor setar

lokasi : kolej Kejururawatan alor setar
tarikh: 10 februari 2011 -khamis
masa ; 7 malam hingga 10.00 malam
perawat ; seramai 43 orang
pelajar : 533 orang
aktiviti:
 : solat maghrib berjamaah, solat hajat , bacaan yasiin, solat isyak berjamaah, tazkirah dan memagar kawasan
pihak jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah menghadirkan diri.

Monday 6 December 2010

suasana pengijazahan kumpulan pertama 2010




Thursday 2 December 2010

fatwa terkini tentang bahan haram untuk rawatan

Dari Fatwa Para Ulama Islam.
1. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit seperti ubat bius, pelali dan sebagainya.
Mengambil ubat-ubatan tertentu yang bertujuan untuk memberikan rasa tenang dan kerehatan kepada diri pesakit atau yang bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit adalah harus dan tidak berdosa. Ubat-ubatan seperti ini boleh diambil samada sebelum proses rawatan dilakukan atau selepasnya. Walau bagaimana pun, sekiranya ubat-ubatan tersebut termasuk dalam kategori “bahan yang boleh memabukkan serta menghilangkan akal”[seperti arak]  maka pengambilannya adalah tidak dibenarkan, iaitu berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Apa sahaja bahan yang boleh memabukkan maka pengambilannya, walaupun dengan kadar yang sedikit, adalah haram”. Justeru, apa sahaja ubat-ubatan yang tidak memabukkan tetapi dapat memberikan rasa tenang atau mengurangkan rasa sakit maka pengambilannya adalah harus.     

2. Hukum menggunakan ubat-ubatan yang dikeluarkan daripada bangkai. Saya adalah seorang farmasis dan saya telah mengenalpasti melalui pengalaman dan kajian saya bahawa terdapat sesetengah syarikat pengeluar ubat yang telah menghasilkan ubat-ubatan mereka daripada binatang-binatang yang tidak disembelih. Adakah penggunaan ubat-ubatan seperti ini dibolehkan?
Tidak harus menggunakan bahan-bahan yang termasuk dalam kategori “bangkai” [binatang-binatang yang mati tanpa melalui sembelihan menurut hukum syarak] bagi tujuan rawatan. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar umatku di dalam apa-apa yang diharamkanNya  
Imam Ibn al-Qayyim menyatakan, “Berubat dengan bahan-bahan yang haram adalah buruk dan keji  menurut pertunjuk akal dan syarak. Adapun “keburukan”nya dari segi syarak maka ianya berdasarkan hadis Nabi saw. Adapun “keburukan”nya dari segi akal maka sesungguhnya Allah hanyasanya mengharamkan sesuatu perkara atau bahan kerana keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan tersebut. Ini adalah kerana Allah tidak mengharamkan ke atas umat Muhammad saw “apa-apa yang baik dan bermanfaat” sebagai suatu hukuman ke atas mereka, iaitu berbeza dengan kaum Bani Israil, di mana terdapat “benda-benda yang baik” yang diharamkan ke atas mereka. Firman Allah yang bermaksud, “Maka disebabkan oleh kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi maka Kami mengharamkan ke atas mereka apa-apa yang baik-baik yang telah dihalalkan kepada mereka [sebelum daripada itu]…….” [al-Nisa’, 160]. Justeru, apa sahaja yang diharamkan oleh Allah ke atas umat ini maka pengharaman tersebut adalah ekoran daripada keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam bahan-bahan terlarang tersebut. Ini bermakna Allah mengharamkan bahan-bahan tersebut dengan tujuan untuk memelihara umat ini daripada segala bentuk keburukan dan kekejian yang wujud di dalam bahan-bahan yang diharamkanNya. Justeru, adalah tidak munasabah bagi umat ini untuk mencari penawar bagi penyakit melalui bahan-bahan tersebut yang diharamkan. Sekalipun mungkin bahan-bahan haram tersebut didapati mempunyai “kesan” di dalam menghilangkan penyakit fizikal, namun bahan-bahan terlarang tersebut pastinya akan menghasilkan suatu racun yang terlebih besar pada jiwa dan rohani [orang yang mengambilnya] ekoran daripada “keburukan yang nyata yang tersembunyi” di dalamnya. Maka orang yang merawat dirinya dengan menggunakan “bahan-bahan yang terlarang menurut syarak” sebenarnya telah berusaha untuk menghilangkan kesakitan pada badannya [saqam al-badan] dengan mendatang penyakit lain pada jiwa dan hatinya [saqam al-qalb].”        

3. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang dibuat daripada organ-organ tertentu daripada binatang?
Terdapat tiga keadaan yang berkaitan dengan proses membuat ubat-ubatan daripada binatang :
1. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan dan ianya juga telah disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah harus. 
2. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang halal dimakan tetapi ianya tidak disembelih menurut peraturan syarak. Berubat dengan menggunakan binatang seperti ini [organ-organnya dan sebagainya] adalah haram dan tidak dibenarkan [kerana ianya adalah bangkai]. 
3. binatang tersebut adalah daripada binatang-binatang yang tidak halal dimakan [seperti babi, anjing, ular dan lain-lain]. Berubat dengan menggunakan apa-apa elemen dari binatang-binatang seperti ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Berkata Shaykh al-Islam Imam Ibn Taymiyyah sebagai jawapan kepada persoalan adakah harus mengubati penyakit dengan arak, “…..berubat dengan arak adalah haram berdasarkan nas yang jelas dari Nabi saw dan inilah juga pandangan majoriti ahli ilmu. Telah sabit di dalam sepotong hadis yang sahih di mana bilamana Nabi saw ditanya mengenai arak yang dijadikan ubat maka Baginda saw bersabda, “Sesungguhnya arak itu adalah penyakit dan bukannya ubat”. Dan di dalam hadis sahih yang lain “Nabi saw telah melarang berubat dengan bahan-bahan yang buruk, kotor dan keji”. Dan di dalam hadis yang lain Nabi saw telah ditanya mengenai katak yang ingin dijadikan ubat lalu Baginda saw telah melarang membunuhnya dan bersabda, “Sesungguhnya kuakan seekor katak itu merupakan tasbih [kepada Allah]”. Ingin dijelaskan bahawa menjadikan bahan-bahan terlarang [seperti arak dan babi] ini sebagai ubat tidak boleh disamakan dengan keadaan “seseorang yang terpaksa memakan bangkai bagi menyelamatkan nyawanya”. Ini adalah kerana “terpaksa memakan bangkai [atau meminum arak] bagi menyelamatkan nyawa” adalah suatu keadaan “darurat” yang wajib dilakukan dan tiada pilihan demi menjaga nyawa di mana nyawa diyakini sepenuhnya akan terselamat apabila bangkai tersebut dijamah. Kerana itu barangsiapa yang terpaksa memakan bangkai [demi menyelamatkan nyawanya dari mati kebuluran] dan kemudiannya dia enggan makan sehingga mati maka dia berdosa dan akan masuk neraka. Berbeza dengan keadaan menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat di mana kesembuhan penyakit melalui bahan-bahan haram ini tidak dapat dipastikan [mungkin sembuh dan mungkin tidak], sedangkan Allah berkuasa menyembuhkan hambaNya melalui wasilah dan pendekatan yang berbagai-bagai. Dan begitu juga hokum merawat penyakit [sakit fizikal] adalah tidak wajib menurut jumhur ulama.
Justeru, keperluan memakan bangkai atau meneguk arak ketika darurat [bagi menyelamatkan nyawa] tidak boleh disamakan dengan perbuatan “menjadikan bahan-bahan haram sebagai ubat untuk tujuan rawatan”.         

Sekian,
Salam hormat untuk sahabat2, semoga fatwa ini dapat menambahkan pengetahuan kita sebagai perawat.

Rushdi Ramli, Darul Syifa’.

Saturday 30 October 2010

majlis perasmian kursus pengubatan islam ambilan kedua

pada 30 oktober maka selesai sudah majlis perasmian ambilan kedua yang telah disempurnakan oleh TGHD. jumlah peserta yang berjaya mendaftarkan diri seramai 232 orang iaitu 35 pelajar muslimat dan 197 pelajar muslimin. majlis dimulakan dengan acara pra perasmian iaitu pada jam 9.00 dan ditaklimatkan oleh pengerusi DS Pusat Tn Hj A rahman Ahmad. pelajar didedahkan dgn peraturan dan etika pelajar. seterusnya menunngu ketibaan TGHD yang sedang mengadakan kuliah bulanan di dewan mentaloon. Perasmian bermula jam 11.45 pagi dengan dimulakan dengan bacaan al-quran dan ikrar pelajar. Perasmian disempurnakan oleh TGHD dan seterusnya memberi ucapan untuk kuliah pertama pelajar DS wilayah utara

Wednesday 13 October 2010

Rawatan Kilang

Makluman kepada semua perawat, satu program rawatan kilangYPS (M) Sdn. Bhd akan dijalankan pada 15 Oktober jam 6.00 ptg. Semua perawat dan ahli yang berkelapangan diminta berkumpul di plaza tol sg petani untuk untuk bergerak ke lokasi kilang.  Alamat kilang di no 136 Jalan 2/B Kawasan Industri Sg Lalang Sg Petani.

Tuesday 12 October 2010

Makluman Sesi Pendaftaran Pengajian Darussyifa Negeri Kedah Sesi 2 (2010/2011)

Adalah dimaklumkan setelah mendapatkan persetujuan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Majlis taklimat kursus bagi kumpulan kedua negeri kedah akan diadakan pada:

Tarikh   : 23 Oktober 2010
Hari       : Sabtu

Bagi sesiapa yang telah mengambil borang permohonan @yang belum boleh hadir pada ketentuan di atas.

Manakala majlis perasmian akan diadakan pada:  30 Oktober 2010

Harap Maklum

Monday 11 October 2010

Ceramah Pengubatan Islam Darussyifa Di IPGM Darul Aman


Penceramah : Ust Mohd Alawi Abdul Kudus
Tarikh : 11 Oktober 2010
Jam : 8.30 Malam
Tempat : IPGM Kampus Darul Aman

Sunday 3 October 2010

KENCING TIKUS

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS @ KENCING TIKUS
Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira

Kaedah Jangkitan Leptospirosis @ Kencing Tikus
Bakteria Leptospira boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang
telah dijangkiti bakteria tersebut. Antara mamalia yang berpotensi adalah :
Tikus - Kucing - Anjing - Lembu - Kambing - Kuda - Babi - dll

Cara Jangkitan Leptospirosis @ Kencing Tikus
Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung dengan
air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.

Manusia boleh juga dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang
tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit

Tempoh inkubasi dianggarkan selama 5-14 hari

Tanda-Tanda Penyakit Leptospirosis @ Kencing Tikus
Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria
Leptospira seperti :
Demam - Sakit Kepala - Loya, Muntah - Sakit Otot
Kemerahan pada Mata - Ruam Kulit - Sakit pada Abdomen
Batuk - Sakit pada Betis - Jaundis (mata kekuningan)
Air Kencing berwarna kehitaman (seperti teh o pekat)


Pencegahan Penyakit Leptospirosis @ Kencing Tikus

- Menjaga kebersihan persekitaran rumah
- Tutup dan tudung makanan supaya dihindari daripada tikus
- Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan
makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas
- Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan
sabun selepas bekerja di kebun, membuang sampah atau
membersih kawasan rumah selepas banjir
- Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan
dengan sempurna dan menggunakan antibiotik
- Jangan bermain air / lopak terutamanya selepas banjir
- Segera mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda

Monday 20 September 2010

Kerajaan Sedia Bantu Darussyifa’ Demi Faedah Rakyat


ALOR SETAR- Kerajaan Negeri sedia menawarkan bantuan kepada Darussyifa’ Malaysia Cawangan Alor Setar agar manfaat daripada institusi berkenaan dapat dikongsi oleh seluruh rakyat negeri ini.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, beliau bersyukur dengan kejayaan kumpulan pertama menamatkan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ semalam.

“Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama dan bantuan kepada Darussyifa’ bukan dari segi kewangan tetapi kemudahan, apatah lagi Darussyifa’ adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan Pertama Negeri Kedah Cawangan Alor Setar di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Alor Setar disempurnakan oleh Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia, Dato’ Dr. Haron Din.

Kumpulan Pertama Negeri Kedah itu disertai seramai 152 orang iaitu 122 lelaki dan 30 perempuan, namun hanya 127 peserta sahaja iaitu 99 lelaki dan 28 perempuan yang berjaya menamatkan kursus itu.

Sementara itu, Haron Din dalam amanatnya menasihatkan setiap peserta yang mengikuti kursus di Darussyifa’ tidak meninggalkan amalan zikir selain mengamalkan apa yang mereka pelajari sepanjang kursus.

“Saya gembira kerana ramai yang berjaya melepasi halangan, hanya sebilangan kecil yang gugur di pertengahan jalan dan kepada yang berjaya, perlu diingatkan bahawa mereka akan berhadapan dengan pelbagai karenah dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau sedar bahawa bukan semua akan terlibat dalam kerja-kerja rawatan dan nasihat beliau agar janganlah meninggalkan amalan zikir serta mengamalkan apa yang sudah dipelajari di Darussyifa’.

Haron Din menjelaskan, perbuatan sihir boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak hanya di Negeri Kedah dan perlulah menggunakan kaedah yang betul untuk merawatnya.

“Biasanya jika berlaku sihir dalam masyarakat, mereka akan mencari sihir juga untuk mengubati sedangkan itu salah kerana sihir perlulah dirawat dengan kaedah yang betul dan kita hanya boleh merawat sekadar yang termampu dan selebihnya serahkan pada Allah untuk menyembuhkannya,” tambahnya.

borang kursus ke 2

http://www.ziddu.com/download/11758444/BorangAhliKedah.pdf.html

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN PERTAMA NEGERI KEDAH